Salam.. Kali ini cik tom nak tunjukkan lagi skill masak memasak cik tom supaya jadi calon wanita terhangat dipasaran. hehe.. Kuey teow goreng basah memang makanan favourite cik tom dan antara masakan yang paling cik tom suka masak kat rumah. Rasanya cik tom belajar masak kuey teow goreng dulu sebelum belajar masak nasi. So, cik tom nak sharekan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap versi cik tom. Sebelum share resepi macam biasa cuci mata dulu dengan gambar masakan hasil air tangan cik tom kat bawah ni. Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap 1 bungkus kuey teow goreng biasa berat 500 gram 1 mangkuk kecil isi daging ayam dipotong kecil 2 ulas bwg putih+ 1 labu bawang besar dikisar/ditumbuk 2 sudu besar cili boh depend pada yang suka pedas atau tak 2 sudu besar kicap 1/2 sudu besar sos tiram 1/2 sudu sos tomato secukup rasa sayuran sawi dipotong** 1/2 labu bawang besar dihiris 1 biji cili merah dihiris 1/2 sudu kecil garam halus 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1 sudu besar minyak untuk menumis **boleh masukkan apa-apa jenis sayuran yang disukai. Cara-cara masakan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap 1. Panaskan minyak di dalam kuali. 2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau wangi dan bukan hangit ye. 3. Masukkan isi ayam serta kesemua bahan-bahan lain kecuali sayur sawi dan kuey teow. 4. Gaulkan sehingga sebati dan sehingga isi ayam masak empuk. 5. Masukkan sayur sawi dan gaul sehingga sebati. 6. Kemudian, baru masukkan keuy teow serta campur sedikit air dan gaulkan sehingga sebati. Untuk buat kuey teow goreng basah, masukkan kuantiti air 2x ganda dari biasa. Kalau tak biasa buat, anggarkan sehingga kuey teow nampak berkuah ikut selera masing2. 7. Tutup kuali seketika sahaja untuk bagi kuey teow empuk dan menyerap rasa kuah. Dah empuk, tutup apikan. ** untuk masak kuey teow tak perlu empukkan terlalu lama seperti mee kuning dan bihun kerana kuey teow lebih lembut meenya. 8. Siap untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap ye! Sharing is caring ciktom Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at] [at] dengan
AmazonCom Vitamins For Brain And Memory Vitamins Brain Vitamins Brain Memory
BahanBahan Kuey Teow Goreng. masukkan 3 cawan air dan biar hingga mendidih. Masukkan 2 sudu kecil pati ayam dan white pepper. Masukkan bancuhan 1 sudu makan tepung kanji, gaul kemudian masukkan 2 biji telur yang telah dipukul. Kacau sekejap dan tuangkan pada kuey teow tadi. Letakkan beberapa titik minyak bijan.
AntaranyaKuey Teow goreng basah. Cara Untuk Membuat Kuey Teow Goreng Basah Yang Sangat Padu Menu Yang Mudah Disediakan Tak Kira Masa My Resepi Lagi satu masa goreng char kuew teow ini kena buat sepinggan-sepinggan. . Nanti kuey teow akan mengambil masa yang lama untuk kering airnya. Cara penyediaanya juga mudah sangat. 12 kiub ikan bilis.
. 33 49 312 253 158 74 181 231
cara membuat kuey teow goreng